ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng basikal lajak kena cekup

Berita Tempatan

Views

Semalam kami ada memuatnaik satu video yang memaparkan ‘aksi berani mati’ sekumpulan remaja menunggang basikal lajak dan ia telah mengundang kecaman warganet. Video ini sebenarnya telah tular terlebih dahulu di beberapa platform media sosial.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Menurut laporan dari laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, ekoran dari penularan video ini, anggota penguatkuasa dari Unit HMPV Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya semalam telah melakukan pemantauan basikal lajak di sekitar kawasan Tasek Tambahan, Ampang.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Hasil pemantauan yang dijalankan, mereka telah berjaya menahan (4) buah basikal lajak bersama penunggang yang kesemuanya lelaki berbangsa Melayu berusia lingkungan 11 tahun hingga 15 tahun. Mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai BSPT Ampang Jaya dan telah dikeluarkan saman atas kesalahan menunggang basikal tanpa brek dan loceng di bawah Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Selain itu, semua basikal lajak tersebut disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semoga gejala sosial yang semakin menjadi-jadi ini dapat dibanteras dengan segera supaya tidak berlaku lagi kejadian seperti kemalangan maut yang berlaku pada 2017. Nasihat kami kepada para ibu bapa, sila pantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply