ARKIB

KATEGORI

Buletin

PolicyStreet tawar cukai jalan percuma untuk pemilik kereta nasional sempena Hari Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, PolicyStreet meneruskan kempen Betul-Betul FREE Road Tax dengan menawarkan cukai jalan PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia yang memandu kereta nasional apabila mereka memperbaharui insurans kereta pada 12 dan 13 September.

Kempen ini merupakan tanda penghargaan PolicyStreet kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan syarikat setakat ini, dari permulaan sehingga menjadi salah satu syarikat teknologi insurans (insurtech) terkemuka di negara ini.

Sokongan rakyat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penerimaan “alam siber, teknologi terkini” yang membolehkan syarikat seperti PolicyStreet terus berkembang.

Tanpa sokongan rakyat Malaysia, PolicyStreet tidak akan mampu meraih kejayaan seperti yang dinikmati pada hari ini.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee berkata, pihak syarikat komited untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan memperkukuh ketahanan kewangan di rantau ini.

Berdasarkan kejayaan kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang dilancarkan sempena Hari Merdeka, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menikmati cukai jalan percuma dengan melawati portal pembaharuan insurans kereta PolicyStreet di car.policystreet.com.

Pengguna hanya perlu memilih tambahan ‘Pembaharuan Cukai Jalan’ semasa pembelian, tanpa memerlukan kod promosi.

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang pertama yang berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos lalu menawarkan cukai jalan percuma kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka, tanpa sebarang syarat tersembunyi.

Hampir 10,000 sebut harga insurans kereta telah dijana sepanjang kempen ini, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap inisiatif PolicyStreet.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Melangkah ke hadapan, PolicyStreet kekal komited untuk mempertingkatkan penyelesaian dan perkhidmatan insuransnya kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, syarikat ini berjanji untuk menawarkan cukai jalan paling murah, atau ‘Cheapest Road Tax in Town‘, dengan diskaun sehingga 70 peratus bagi setiap pembaharuan insurans kereta.

Tawaran hebat ini akan bermula pada 14 September, memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati insurans yang lebih berpatutan daripada PolicyStreet.

Sekiranya anda pemilik kenderaan Proton atau Perodua, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cukai jalan percuma sempena Hari Malaysia ini.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin merebut promosi ini tetapi masih belum boleh memperbaharui insurans kereta, nantikan tawaran ini yang akan bermula pada 14 September nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply