ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tak iktiraf lesen memandu UNHCR

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin menegaskan bahawa Lesen Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR adalah tidak sah untuk digunakan bagi memandu apa jua jenis kenderaan di Malaysia.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Ini kerana penggunaannya adalah tidak selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, ia berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang bantuan kepada kerajaan Malaysia.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Kenyataan tersebut turut menegaskan JPJ sentiasa komited dengan memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa sahaja pelanggaran peraturan jalan raya yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply