ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan kenderaan bulan April susut 12.3 peratus

Berita Tempatan

Views

Jualan kenderaan pada April lalu menurun 12.3 peratus berbanding bulan sebelumnya daripada 63,878 unit kepada 57,912 unit. Menurut Utusan OnlinePersatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Selain itu, katanya, gangguan bekalan cip semikonduktor turut memberi impak kepada jualan beberapa jenama pada bulan tersebut. Kata persatuan itu, trend penurunan jualan kenderaan diramal berterusan pada bulan ini selepas mencatatkan peningkatan memberangsangkan pada Mac.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

MAA berkata, jumlah jualan pada Mei dijangka lebih rendah berbanding April disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang memberi kesan kepada perniagaan dan aliran trafik ke bilik pameran.

Selain itu, bulan bekerja yang lebih pendek disebabkan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan kekurangan cip semikonduktor akan terus memberi kesan kepada jualan beberapa jenama. Kenderaan penumpang mencatatkan 52,628 unit jualan pada April manakala kenderaan komersial 5,284 unit.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dari segi penghasilan, kenderaan penumpang merekodkan 47,764 unit manakala kenderaan komersial 3,626 unit. Jumlah jualan keseluruhan kenderaan penumpang sepanjang tahun setakat April adalah sebanyak 179,096 manakala kenderaan komersial 9,548 unit, menjadikan keseluruhan jualan kenderaan pada tempoh tersebut sebanyak 199,556 unit.

Jelas MAA, jumlah tersebut ialah 89 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 105,424 unit jualan. Tambah MAA lagi, ia berikutan pelaksanaan PKP pada pertengahan Mac sehingga April 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply