ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan merosot, Tan Chong catat kerugian untuk suku ketujuh berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong) terus merekodkan kerugian untuk suku ketujuh berturut-turut apabila jualan merosot di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri automotif di dalam dan luar negara.

Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi kepada RM40.11 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 20 daripada RM18.13 juta pada suku sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Tan Chong berkata, pendapatan untuk suku berkenaan juga merosot sebanyak 12 peratus tahun ke tahun kepada RM545.1 juta daripada RM619.2 juta.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Tan Chong yang terbabit terutamanya dalam pemasangan kenderaan jenama Nissan di Malaysia serta pengedar Renault, menjangkakan pelancaran baharu dalam tempoh 24 bulan akan datang dapat membantunya pulih kembali.

“Terdapat juga aktiviti pemasangan kontrak tambahan yang akan direalisasikan dalam beberapa suku akan datang. “Ia akan membantu meningkatkan kewangan sementara syarikat terus merasionalisasikan operasi untuk mengurangkan kos,” katanya.

Tan Chong berkata, bas King Long dan pikap komersial ringan TQ Wuling di Vietnam akan meneruskan momentum jualan dan meningkatkan penggunaan kilang yang lebih baik.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ia berkata, bersama dengan model GAC yang baharu dilancarkan, kumpulan optimis secara berhati-hati bahawa prestasi di Vietnam akan mula menunjukkan peningkatan dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk separuh pertama, kerugian bersih Tan Chong meningkat kepada RM55.83 juta daripada RM23.2 juta dalam tempoh yang sama pada 2023, manakala pendapatan jatuh sebanyak 10.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.11 bilion daripada RM1.24 bilion.

Tan Chong juga tidak mengisytiharkan sebarang dividen.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) di bahagian automotif utama menurun 91 peratus kepada RM5.8 juta disebabkan oleh penurunan pendapatan, margin yang lebih kecil akibat ringgit yang lemah, dan keuntungan tukaran asing yang lebih rendah.

EBITDA di bahagian perkhidmatan kewangan syarikat, yang menyediakan pembelian sewa dan insurans, jatuh 37 peratus kepada RM6.8 juta seiring dengan penurunan jualan kenderaan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply