ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton ‘melonjak’ pada bulan Julai, 15,103 unit berjaya dijual

Berita Tempatan

Views

Proton memulakan separuh kedua tahun ini dengan ‘langkah kanan’ kerana telah berjaya menjual sebanyak 15,103 unit pada bulan Julai (domestik dan eksport). Ini membolehkannya kekal di tempat kedua dalam carta jualan automotif tempatan.

Jumlah jualan mengalami peningkatan sebanyak 37.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, apabila penutupan kilang yang dirancang untuk aktiviti penambahbaikan operasi yang dijadualkan memberi kesan kepada angka pengeluaran.

Hasilnya, ia telah menyebabkan angka pengeluaran penutup tertinggi sejak September 2022. Jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) pula adalah sebanyak 88,799 unit.

Jumlah jualan industri (TIV) untuk bulan tersebut dianggarkan sebanyak 73,761 unit, meningkat sebanyak 27.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, manakala pegangan pasaran pada bulan Julai telah meningkat kepada 20.5 peratus.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pertumbuhan jualan Proton pada bulan Julai diterajui oleh Proton Saga, dengan jualan sebanyak 7,855 unit pada bulan Julai. Ia juga merupakan pencapaian terbaik untuk model tersebut sejak Oktober 2013.

Ini membawa jumlah jualan YTD untuk Saga kepada 42,693 unit, 8.8 peratus lebih tinggi berbanding jualan pada tahun 2023 dan menetapkannya untuk tahun jualan yang cemerlang.

Sebulan selepas kembali ke puncak carta kelas SUV segmen-B, Proton X50 mencatatkan jualan terbaiknya dalam tahun ini. Proton X50 2024 telah menarik semula perhatian pembeli SUV dengan jualan sebanyak 2,585 unit pada bulan Julai, menjadikan jumlah jualan YTD kepada 12,789 unit.

Proton Persona juga mencatatkan jualan terbaiknya untuk tahun 2024 dengan 1,911 unit terjual, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 11,664 unit. Bulan Julai turut menyaksikan jualan Proton S70 sebanyak 1,636 unit dan jumlah kumulatif YTDnya sebanyak 12,550 unit.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ini membolehkan kedua-dua model tersebut menjadi peneraju jualan sedan dalam segmen-B dan segmen-C. Model SUV, Proton X70 pula telah terjual sebanyak 302 unit pada bulan Julai ketika stok dikurangkan sebagai persediaan untuk pelancaran Proton X70 2025.

Sementara itu, Proton Iriz mencatat 537 unit jualan, manakala SUV segmen-D, Proton X90 mencatatkan jualan sebanyak 277 unit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif , Proton Edar Roslan Abdullah, Julai telah menjadi bulan jualan terbaik untuk Proton pada tahun 2024 setakat ini, menetapkan arah bagi separuh kedua tahun 2024 yang produktif.

Tambahnya, Proton sedang merangka banyak rancangan yang akan dilaksanakan dalam bulan-bulan akan datang, dimulakan dengan pelancaran Proton X70 2025 pada bulan Ogos.

Pada masa yang sama, kerja asas untuk pelancaran model EV pertama Proton juga sedang dijalankan dengan
pantas sebagai persediaan untuk pelancaran EV pertama Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply