ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton pada bulan Jun naik 50 peratus

Views

Jualan Proton bulan Jun meningkat 50 peratus berbanding bulan lepas dengan sebanyak 6,173 unit yang didorong oleh tawaran GST berkadar sifar serta promosi Duit Raya yang ditawarkan. Proton juga berjaya meningkatkan jumlah pegangan pasaran dengan 10 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi Jun berbanding 9.5 peratus pada sebelum ini.

Saga dan Persona terus mendahului jualan dengan jumlah pendaftaran hampir 3,000 unit. Sedan kompak paling mampu milik Proton ini terus menjadi pilihan kerana keluasan dan pengendaliannya serta promosi harga Saga Terbaik dalam jangka masa 10 tahun dengan tawaran harga di bawah RM30,000.

Kualiti produk yang telah ditambahbaik untuk semua kereta Proton juga merupakan faktor penyumbang kerana pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi mata demerit pengeluaran. Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata pelbagai promosi menarik yang ditawarkan, GST yang berkadar sifar dan peningkatan keseluruhan kualiti kereta berjaya membantu meningkatkan jualan.

JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Setelah memperoleh skor sebanyak 755 mata pada tahun 2017 dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh J.D Power, Proton memulakan inisiatif peningkatan kualiti bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018. Skor CSI diukur melalui kaji selidik prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): kualiti servis (32 peratus); inisiasi servis (22 peratus); pengambilan kenderaan (18 peratus); penasihat servis (15 peratus); dan kemudahan servis (13 peratus).

Skor-skor terdahulu yang menggunakan sistem audit dalaman Proton yang ketat telah menunjukkan peningkatan dalam skor CSI. Melalui pelaksanaan sistem GCPA, kualiti kereta Proton telah bertambah 3 kali ganda dalam tempoh 8 bulan yang lalu, diukur mengikut standard kualiti oleh Volvo. Apabila digabungkan, kedua-dua aktiviti inisiatif CSI dan pelaksanaan audit produk ini menyaksikan peningkatan dalam pengalaman pelanggan secara keseluruhan bersama jenama PROTON.

Bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2018, Proton akan menyumbang sebanyak RM10 untuk setiap kereta yang dijuaL kepada Tabung Harapan Malaysia. Setelah sebulan program ini dilaksanakan, sejumlah RM61,730 telah berjaya diperoleh dan syarikat yakin jumlah sumbangan akan meningkat setelah pelancaran SUV pertamanya nanti.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

SUV pertama Proton yang akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, telah mendapat maklum balas yang positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuannya dengan Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu. Beliau telah berpeluang memandu uji kereta tersebut dan memberitahu pihak media bahawa kereta tersebut adalah baik dan kagum dengan kualitinya.

Beliau turut mengulas bahawa SUV ini akan menjadi produk yang baik untuk pasaran automotif Malaysia dan beliau mahukan lebih banyak syarikat Malaysia terlibat dalam membekalkan komponen automotif. Pra-pengeluaran SUV telah bermula dan sesi pratonton kepada media dan pelanggan akan dilakukan untuk membina momentum menjelang pelancaran yang sebenar.

JOM BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

JOM BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply