ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah pengeluaran dan jualan Perodua meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2023

Berita Tempatan

Views

Perodua telah berjaya mengeluarkan 153,813 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023. Ia merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding 131,641 unit yang dikeluarkan dalam tempoh sama pada 2022.

Pencapaian pengeluaran itu meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan bagi separuh pertama 2023 (1H23) berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Bezza merupakan model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555 unit, diikuti Myvi sebanyak 32,319 unit dan Axia sebanyak 28,199 unit.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2023 disumbangkan oleh bekalan komponen yang mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang.

Beliau berkata, Perodua berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 dan sasaran jualan sebanyak 314,000 yang ditetapkan untuk tahun ini kerana syarikat kereta kompak itu akan menambah baik lagi kecekapan operasinya.

Tambah beliau, antara penambahbaikan ketara yang dilakukan termasuk catatan ‘tact time‘ yang lebih pantas (masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah kenderaan) daripada 1.35 minit kepada 1.25 minit di kilang Perodua Global Manufacturing (PGMSB).

Bagi perbandingan suku ke suku, Perodua mengeluarkan 69,013 unit kenderaan pada suku kedua 2023 (2Q23), peningkatan sebanyak 1 peratus daripada 68,316 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ujarnya, prestasi pengeluaran Perodua pada suku pertama 2023 sebahagian besarnya disumbangkan oleh usaha syarikat berkenaan dalam memenuhi tempahan di bawah inisiatif Penjana.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pada 2Q23, Perodua merekodkan jualan 66,126 unit berbanding 65,719 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kata beliau, Axia E yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang baik dan stok sedia ada sebanyak 2,500 unit telah diedarkan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Tambah beliau, walaupun tempahan sedia ada amat menggalakkan, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi, antaranya kos pembiayaan yang lebih tinggi dan kekurangan bekalan yang mungkin berlaku secara berkala.

Keutamaan Perodua adalah untuk terus mengurangkan masa menunggu para pelanggan serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatannya.

Perodua juga berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia kerana mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus kerana ini akan membantu mengurangkan kos pembiayaan para pelanggan yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply