ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Perodua MyEV, gambaran awal Myvi generasi keempat (D01D) dari Theottle

Impresi Artis

Views

Pakar dalam manipulasi digital dan juga sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle sekali lagi tampil dengan karya terbaharunya yang diberi nama, Perodua MyEV.

Menurutnya, MyEV itu sebenarnya adalah gambaran awal kepada model hatchback Myvi generasi keempat (D01D) yang dijangka tiba pada awal tahun 2025.

Myvi (D01D) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut menjadi asas kepada model SUV segmen-B, D66B.

Dengan menggunakan model Myvi generasi semasa sebagai asas rekaan, Theo menyuntik beberapa elemen pada reka bentuk model konsep Electric Motion-Online (EM-O) Concept yang dipamerkan semasa Malaysia Autoshow 2023, awal bulan Mei lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Reka bentuk MyEV masih mengekalkan bentuk lampu hadapan dan belakang pada model EM-O Concept, tetapi diolah semula supaya lebih mirip kepada model versi pengeluaran.

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Ini bermakna ukurannya hampir menyamai sebuah Myvi!

EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas, setara dengan output daripada enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza.

Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ini membolehkannya dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Berbalik kepada model Myvi (D01D), ejen perisik kami Mat Bond berkata, ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.3 liter aspirasi alami (NA), 1.5 liter (NA) dan 1.5 liter hibrid.

Ura-ura mengatakan Toyota dan Daihatsu sekali lagi ‘memberi mandat‘ kepada pereka anak tempatan di Perodua untuk menggayakan generasi baharu Myvi ini.

Difahamkan ia kini berada dalam fasa reka bentuk awal dan pembangunannya dijangka selesai pada penghujung tahun hadapan.

Myvi (D01D) juga akan mempunyai ‘dua kembar’, iaitu Toyota Yaris (hanya versi GR sahaja) dan berkemungkinan juga ada versi Daihatsu Sirion.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin @ Theottle

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply