Proton hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Affin Bank menerusi pelancaran kad kredit/-i afiliasi yang disasarkan kepada pemilik Proton.
Kad Kredit/-i Afiliasi Affin Avance Proton memberikan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada pelanggan Proton apabila mereka menggunakannya untuk membuat pembayaran di cawangan yang dibenarkan.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Berikut adalah senarai keistimewaan yang dinikmati oleh pemegang kad termasuk:
- Pengecualian yuran tahunan seumur hidup.
- 3X Mata Ganjaran Affin untuk menjamu selera, pembelian dalam talian/e-dagang dan transaksi di outlet Proton.
- 1X Mata Ganjaran Affin untuk transaksi runcit lain.
- Permohonan Overdraf/Tunai tanpa kerumitan.
- Sifar (0) peratus Pelan Ansuran Mudah sehingga 24 bulan – 0 peratus Kadar Faedah/Keuntungan untuk pembelian di cawangan Proton termasuk servis.
Kad kredit ini telah dilancarkan secara rasmi di Menara Affin oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
Selain itu, kunci simbolik untuk Proton X90, tambahan terbaru kepada rangkaian Proton, turut diserahkan kepada pelanggan yang telah membiayai kenderaan mereka menggunakan kemudahan sewa beli Affin Bank.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Menurut Roslan Abdullah, kad kredit ini dicipta khusus untuk pelanggan Proton dengan menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan.
Tambah beliau, mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian mereka dengan Affin Bank secara automatik akan ditawarkan kad baharu ini.
Datuk Wan Razly Abdullah pula menambah, pihaknya berbangga menjadi rakan kongsi dengan Proton yang meraikan ulang tahunnya yang ke-40.
Ujar beliau lagi, mereka percaya kerjasama itu menunjukkan semangat inovasi yang wujud dalam kedua-dua entiti di samping membantu memberi ganjaran dan mengembangkan asas pelanggan untuk kedua-dua jenama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI