ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua bakal lancar Axia 2023 (D74A) pada 14 Februari?

Info

Views

Ini berita yang baharu kami terima dari ejen perisik kami iaitu Mat Bond. Katanya, desas-desus semakin kuat mengatakan, Perodua bakal melancarkan model terbaharu pertama mereka tahun ini, iaitu Axia 2023 (D74A) pada 14 Februari nanti.

Kebetulan pula tarikh tersebut adalah hari yang paling diingati oleh mereka yang sedang dilamun cinta, iaitu Hari Kekasih (Valentine’s Day).

Katanya, setakat ini masih belum dapat disahkan dan jika benar, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyaksikan wajah sebenar Axia generasi kedua (G2).

Ketika ini Perodua sedang bersiap sedia untuk melakukan pengeluaran secara besar-besaran yang dijangka bermula selepas perayaan Tahun Baharu Cina, iaitu penghujung bulan Januari.

Besar kemungkinan, Perodua akan mula mengacah (teaser) dan membuka tempahan Axia 2023 (D74A) dalam waktu yang terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Axia 2023 (D74A) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan seperti sebelumnya, ia bakal mempunyai saudara kembar di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya.

Menurut portal Kompas, low cost and green car (LCGC) hasil kolaborasi antara Toyota dan Daihatsu itu bakal dilancarkan pada bulan Februari.

Kedua-duanya bakal dilancarkan sama ada sebelum Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 atau semasa pameran automotif tahunan itu berlangsung pada 16 hingga 26 Februari 2023.

Buat masa ini, Pengarah Pemasaran dan Pengarah Perancangan Korporat & Komunikasi PT Astra Daihatsu Motor (ADM), Sri Agung Handayani hanya ‘mengunci mulut’ apabila diajukan soalan berhubung desas-desus tersebut.

Namun, beliau cuma boleh mengesahkan yang mereka pasti akan mengundang pihak media ke majlis pelancaran model itu nanti.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Berbalik kepada Axia 2023 (D74A), dalam artikel terdahulu satu sisipan telah tular di akaun TikTok @promosiprotonperodua, seolah-olah mengesahkan varian dan juga kod warna model hatchback itu .

Seperti kata Mat Bond sebelum ini, Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

Kesemua varian akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Axia 2023 (D74A) akan dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Perodua X-Concept

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply