ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi guna Toyota Vellfire ‘bini’ buat ‘ulat’ di KLIA 2

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki sanggup menggunakan Toyota Vellfire milik isteri untuk jalankan kegiatan kereta sewa haram atau ‘ulat‘ bagi menarik pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di Sepang, sebelum ditahan pada Rabu.

Sinar Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kegiatan ‘ulat’ itu dikesan hasil intipan dan pemantauan pihaknya.

Katanya, Toyota Vellfire yang dipandu lelaki berusia 42 tahun terbabit ditahan ketika sedang membawa tiga penumpang warga Jepun untuk ke ibu negara.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu adalah milik isteri kepada pemandu terbabit dan mendakwa kegiatannya dilakukan bagi mencari pendapatan sampingan.

Katanya, kes disiasat disiasat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA dan KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu serta pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply