Cubaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan PT Garuda Indonesia, Ari Askhara untuk menyeludup motosikal berkuasa tinggi jenis Harley-Davidson bagi mengelak cukai gagal setelah dihidu pihak berkuasa negara berkenaan. Pihak berkuasa juga menemui basikal lipat yang tidak diisytihar kepada kastam.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Menurut Harian Metro, Kementerian Perdagangan Indonesia turut mengumumkan yang pihak mereka dalam proses untuk memecat Ari Askhara. Menterinya, Erick Thohir, berkata Ari Askhara didakwa cuba mengelak cukai untuk motosikal Harley-Davidson bernilai 800 juta rupiah (RM237,667) dengan menyeludupnya dalam pesawat dari Perancis.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Kata beliau, pihaknya juga akan mengesan orang lain yang terlibat. Menurut laporan media Indonesia, motosikal itu dan basikal Brompton itu dibawa masuk menggunakan pesawat Airbus A330-900 Neo yang baharu dibeli dari Perancis awal bulan ini, bersama rombongan penerimaan pesawat terbabit.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KOMEN TERKINI