ARKIB

KATEGORI

Buletin

Azrul Osman Rani dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Berhad yang baharu

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan pelantikan Azrul Osman Rani sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Beliau ketika ini berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Komersial & Ketua Pembangunan Komersial & Pembentukan Usahasama di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) selain turut menyandang jawatan kedua sebagai CEO PRPC Utilities & Facilities.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Azrul memulakan kerjayanya di Perniagaan Runcit PDB sebelum mengembangkan kariernya di Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd (MITCO), memasarkan pelbagai produk petrokimia untuk pasaran Indonesia. Beliau menunjukkan kemahiran kepimpinan yang kuat sekaligus membawanya menjadi salah satu pengurus negara termuda yang dilantik untuk memimpin pelbagai unit dalam MITCO dan bahagian lain dalam Kumpulan Petronas.

Dari 2014 hingga 2018, beliau menerajui rundingan strategik yang membawa kepada pembentukan usahasama antara Petronas dan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, pelaburan hiliran terbesar Petronas bernilai USD27 bilion.

Azrul mengambil alih tugas daripada Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir, yang pertama kali dilantik sebagai Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas pada Julai 2017, dan seterusnya sebagai MD / CEO pada bulan Jun 2018.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Mengulas mengenai pelantikan itu, Datuk Sri Syed Zainal berkata, Azrul memiliki kerjaya yang cemerlang di Petronas dalam segmen pemasaran dan komersil, mulai dari aktiviti perdagangan, penggabungan dan pengambilalihan, serta rundingan yang akan melengkapkan dinamik perniagaan. Dengan lebih daripada 23 tahun pengalaman dalam perniagaan minyak dan gas, beliau berharap Azrul memacu PDB ke tahap pertumbuhan seterusnya.

Sepanjang tempoh kepimpinannnya sebagai MD/CEO, Datuk Sri Syed Zainal telah memberi penekanan kepada ‘keutamaan pelanggan’ dan PDB telah mencatat kenaikan jualan sehingga 6 peratus setakat 30 September 2019. Kenaikan tersebut telah disumbangkan oleh produktiviti stesen yang telah dipertingkatkan, lebih banyak operasi stesen serta permintaan tinggi untuk bahan api Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive.

PDB juga telah dipilih sebagai Jenama Tahunan Malaysia di Anugerah Jenama Putra pada 2018 selain Syarikat Tahunan dari Edge Billion Ringgit Club. Sebagai Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran dan ahli lembaga PDB, Datuk Sri Syed Zainal akan terus mengawasi kegiatan pemasaran syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply