ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kawalan Rentas Daerah akan berkuat kuasa di seluruh Sabah mulai 3 Oktober

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa jam 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. Jelas beliau, sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa. PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini.

Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan katanya, akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam COVID-19 Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply