ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi kes kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Berita Tempatan

Views

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir sejam dalam kereta bapanya di stesen minyak di Jalan Batu Arang, Batu 22 Sungai Bakau, Rawang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditinggalkan sebentar oleh bapanya yang ke kaunter untuk membuat pembayaran.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Ketika itu, penghawa dingin dan enjin kereta terpasang namun, sejurus bapanya kembali ke kereta dan mengisi minyak, dia mendapati pintu kereta sudah terkunci dan gagal membukanya dipercayai akibat perbuatan anaknya yang bermain dengan kunci kenderaan berkenaan.

Selepas beberapa minit gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta, bapa mangsa akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Bomba yang menerima panggilan pada 12.15 tengah hari, menghantar satu jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang ke lokasi untuk kerja menyelamat.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Fazida Tina Muhamad Noor, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menggunakan beberapa peralatan khas. Jelasnya, mereka terpaksa buka ‘fender’ dan but kereta terbabit sebelum anggota masuk melalui but kereta berkenaan untuk membuka pintu kenderaan.

Tambahnya, ketika proses berkenaan dijalankan, mangsa sudah terlena di tempat duduk pemandu mungkin kerana kepenatan dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Menurut beliau, ibu bapa dan mana-mana pihak tidak sewajarnya melakukan kecuaian sedemikian kerana kejadian seperti itu sudah acap kali berlaku dan ia sepatutnya dijadikan iktibar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KAMI Pengguna JALAN RAYA

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply