ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan tiga kenderaan di MRR2 berpunca dari motosikal lawan arus

Berita Tempatan

Views

Lelaki menunggang motosikal melawan arus di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kampung Pandan mengala ke Gombak, hari ini menjadi punca kemalangan membabitkan dua lagi kenderaan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan itu berlaku pada 5.25 pagi membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Bezza, Proton Saga dan motosikal Honda Wave.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal berkenaan dipercayai ditunggang secara melawan arus di lorong tengah MRR2.

Tindakan itu menyebabkan motosikal berkenaan berlanggar dengan kereta Proton Saga. Perodua Bezza yang berada di belakangnya dikatakan tidak sempat menekan brek lalu melanggar belakang Proton Saga terbabit.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Mohamad Farouk berkata, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit yang berusia 22 tahun parah di muka serta kaki dan dibawa untuk rawatan di Hospital Ampang.

Kedua-dua pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Nur Nadia Atira di talian 017-2288085 untuk membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply