ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Pakar manipulasi foto, Theophilus Chin beri gambaran awal Perodua Bezza generasi baharu – Apa pendapat anda?

Impresi Artis

Views
Perodua Bezza – 2nd Generation

Sudah agak lama juga kami tidak menyiarkan hasil karya terkini, ‘pakar manipulasi foto tersohor’ yang juga merupakan sahabat kami, Theophilus Chin kan?

Kali ini, Theo menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan gambaran awal Perodua Bezza generasi baharu.

Menurut Theo, Bezza generasi baharu rekaanya ini diubahsuai dari model sedan segmen-A, Honda Amaze baharu di pasaran negara India.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beberapa ‘rombakan pada reka bentuk model penderma’ itu telah dibuat, antaranya muka depannya telah ditarik sedikit ke belakang, ‘tiang-A’nya pula telah dianjak sedikit ke hadapan, bahagian belakangnya dipanjangkan serta merendahkan sedikit lega tanahnya.

Dengan menyuntik elemen reka bentuk terkini Perodua yang diperkenalkan pada model Myvi facelift, Theo telah menukar sepenuhnya wajah Amaze menjadi model sedan yang ‘lebih segak’ dan moden.

Sekilas pandang, Bezza generasi baharu versi Theo ini nampak seperti model Honda City baharu, terutama sekali bentuk hud yang tinggi seperti bentuk cengkerang.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Profil sisi model ini juga nampak ‘lebih sasa’ dan padu menerusi permainan garisan yang ringkas. Di bahagian belakang, rekaan model ini agak sedikit konvensional dengan rekaan lampu belakang ala ‘Myvi’ dan rekaan bampar dwitona yang minimalis.

Dari segi dimensi, mengikut anggaran Theo, Bezza generasi baharu versinya itu mempunyai ukuran jarak antara gandar 2,740mm, 4,170mm panjang, 1,695mm lebar, 1,470mm tinggi dengan saiz tayar 175/65 R15.

Ini bermakna Bezza versi Theo adalah lebih lebar dan lebih rendah berbanding model Bezza semasa dan juga Honda Amaze itu sendiri. Pada kami, secara jujurnya, kami cukup tertarik dengan gaya rekaan Bezza versi Theo ini.

Anda pula bagaimana? Jom tonton pembikinan model ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kreidt Theophilus Chin

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply