ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Toyota Urban Cruiser Hyryder bakal dikenali sebagai Suzuki Grand Vitara

Berita Global

Views

Nampaknya teka-teki mengenai nama sebenar model SUV yang menggunakan namakod Maruti-Suzuki YFG sudah pun terjawab. Secara rasminya, ia bakal dikenali dengan nama Suzuki Grand Vitara.

Kembar kepada Toyota Urban Cruiser Hyryder, ini bakal berentap dengan beberapa SUV lain dalam segmennya, seperti Hyundai Creta dan Skoda Kushaq.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Meskipun berkongsi pelantar dan reka bentuk keseluruhan yang hampir sama, kedua-duanya menampilkan identiti rekaan tersendiri.

Paling ketara adalah rekaan lampu belakang Grand Vitara (YFG) yang tampil dengan gaya lebih moden dengan susunan jejalur LED yang lebih ranggi.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ia berada di dalam kelongsong luaran yang kelihatan sedikit gelap (smoked) dan berbentuk 3 dimensi (3D). Dari arah sisi ia kelihatan hampir sama. Bahagian depannya pula menampilkan rekaan jeriji dan bampar yang berbeza serta kelihatan lebih mewah.

Tempahan Grand Vitara (YFG) kini sudah pun dibuka dan bakal dilancarkan pada 20 Julai nanti. Ia bakal ditawarkan dengan dua versi, iaitu versi dengan enjin pembakaran dalaman dan hibrid yang dikenali dengan nama ‘Intelligent Electric Hybrid‘.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Urban Cruiser Hyryder

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply