ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia catat rekod jualan baharu menerusi trak pikap D-Max, peningkatan 143 peratus!

Berita Tempatan

Views

Trak pikap Isuzu D-Max telah berjaya mencatat rekod jualan baharu buat Isuzu Malaysia dengan 4,237 unit didaftarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini. Ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 143 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Lebih penting, angka jualan bagi tempoh separuh pertama tahun ini sudah setanding dengan pencapaian tahun 2021 iaitu 4,601 unit. Ini telah melonjakkan jenama berkenaan ke kedudukan ketiga dalam segmen trak pikap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, sejak pengenalan Isuzu D-Max serba baharu pihaknya melihat pertambahan minat dalam penggunaan trak pikap, terutamanya daripada pembeli kali pertama.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Trak pikap ini menjadi pilihan disebabkan oleh prestasi enjin yang begitu anjal, penggunaan minyak yang sangat cekap dan kepelbagaian penggunaan, selain kadar cukai jalan yang terendah dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia,

Varian 1.9 liter Blue Power terbukti menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli di Malaysia, menyumbang hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.

Varian andalan, X-Terrain juga semakin mendapat sambutan dengan menyumbang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo pula berkata, varian X-Terrain menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna bandar dan ramai yang menjadikannya sebagai kenderaan aktiviti gaya hidup.

Dengan pilihan lapan varian yang ditawarkan, barisan Isuzu D-Max direka untuk memberikan kenderaan paling ideal untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Hampir semua barisan trak pikap ini hadir dengan keupayaan 4×4, dengan hanya satu varian 4×2 automatik disediakan sebagai menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengembara jarak jauh mahupun pengguna bandar, dengan kos yang lebih rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply