ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV berkuasa tinggi di seluruh negara

Berita Tempatan

Views

Setelah melancarkan stesen pengecasan pantas 100kW di Proton Centre of Excellence baru-baru ini, smart Malaysia telah membina tiga lagi stesen yang sama di pusat pengedaran smart Malaysia terpilih di seluruh negara.

smart Glenmarie (EON Berhad) dan smart Ipoh (GB Auto) kini dilengkapi dengan stesen pengecasan arus terus (DC) 60kW, manakala smart Penang (Eleganz Lifestyle) mempunyai stesen pengecasan DC berkuasa tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Selain itu, smart Alor Setar (Lee Motors) akan memperkenalkan stesen pengecasan DC 50kW untuk warga Utara. smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Johor Bahru (Motor Future), dan smart Melaka (Sigma Energy EV) juga bersedia untuk membina stesen pengecasan DC berkapasiti 60kW hingga 120kW menjelang akhir tahun ini.

Penyediaan stesen pengecasan DC berkuasa tinggi di pengedar smart Malaysia seluruh negara memperlihatkan kesungguhan smart Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik yang cepat dan cekap, serta akan dibuka kepada orang awam.

Inisiatif ini juga menyumbang dalam melengkapkan rangkaian awam stesen pengecasan berkuasa tinggi di seluruh negara sebagai tambahan kepada stesen pengecasan yang sedia ada melalui rakan-rakan kolaborasi seperti chargeEV, Gentari, dan JomCharge.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Selain itu, maklumat lokasi stesen pengecasan termasuk status keberadaan ruang pengecasan yang dikemaskini secara langsung, boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi Hello smart.

Ketika ini, tujuh puluh peratus daripada keseluruhan pengecasan awam sudah diintegrasikan ke aplikasi tersebut.

Kelak, pengguna juga bakal diberikan kemudahan untuk membuat pembayaran bagi pengecasan kenderaan melalui aplikasi tersebut, sebagai persediaan menjelang pelancaran model smart #1 yang akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply