ARKIB

KATEGORI

Buletin

LEGO Technic perkenal replika Yamaha MT-10 SP, harga RM 999.90

Berita Tempatan

Views

Anda pengumpul koleksi LEGO Technic dan juga peminat motosikal Yamaha? Ini ada mainan baharu untuk anda. LEGO Technic baharu sahaja memperkenalkan replika Yamaha MT-10 SP.

Apa yang menariknya, setiap perincian pada bongkah LEGO Technic Yamaha MT-10 SP direka dengan cukup teliti bagi ‘menyerap segala intipati’ motosikal ikonik jenama tersebut.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Setiap aspek model ini mempunyai perincian sangat jitu, ini termasuklah bahagian enjin 4-silinder dan segala komponen kotak gear seperti shift drum, shift fork, gear shift ring, dan ratchet drum.

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan tapak khas bagi membolehkan pembinanya mempamerkan hasil karya mereka. Pendek kata LEGO Technic Yamaha MT-10 SP cukup realistik dan bakal menambat hati pembina dengan kejituannya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Berukuran lebih 25 cm tinggi, 44 cm panjang dan 15 cm lebar, ia dijual pada harga RM 999.90 (harga runcit yang disyorkan) dan mempunyai sebanyak 1,478 ketulan bongkah kesemuanya.

LEGO Technic Yamaha MT-10 SP kini boleh didapati di kesemua Kedai LEGO yang bertauliah, LEGO® Official Store di platform beli-belah dalam talian Lazada dan Shopee, LEGOLAND™, serta peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia mulai 1 Ogos 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply