ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kepung dan lakukan provokasi pada anggota polis – Tujuh lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Seramai tujuh lelaki ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di Georgetown kelmarin.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Utusan Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai melakukan provokasi terhadap tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selain turut didakwa melemparkan kata-kata kesat termasuk memaki-hamun anggota berkenaan.

Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai turut mendakwa tiga anggota polis itu menendang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan kepada penunggang motosikal terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahkan mereka dan memaklumkan kesemuanya akan direman bermula hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Tambahnya, kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Semalam, kejadian kemalangan itu tular di dalam media sosial dan warganet menuduh anggota polis terlibat sengaja menendang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada dua lelaki. Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply