ARKIB

KATEGORI

Tular

Suspek kes ragut dalam video tular telah diberkas

Tular

Views

Seorang guru wanita merayu sebelum dia terjatuh dan diragut seorang lelaki bermotosikal dalam kawasan rumah kedai dua tingkat di Eco Sunctuary, Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, pagi semalam. Menurut Harian Metro, peragut solo yang bersenjatakan parang itu akhirnya telah diberkas polis selepas lapan jam melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditangkap di Kampung Sijangkang petang semalam. Jelasnya, tangkapan dibuat susulan maklumat orang awam yang menghubungi polis dan menghantar video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan, rondaan, kemudian mengesan serta menangkap suspek di Kampung Sijangkang. Azizan berkata, semasa tangkapan dibuat, polis hanya menemui sebahagian sahaja barang mangsa yang diragut.

Beliau berkata, beg tangan mangsa dipercayai dibuang dan siasatan lanjut masih diteruskan. Kejadian berlaku pada 8.20 pagi apabila mangsa berusia 51 tahun didatangi suspek semasa berada di tempat letak kereta tidak jauh dari tempat kerjanya di sebuah taska di situ.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Menurut mangsa, sebuah motosikal bernombor BPC 6163 dinaiki seorang lelaki tidak dikenali datang ke arahnya dan mengacukan parang. Mangsa terjatuh sebelum suspek meragut beg tangan mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai dan ketika kejadian, wanita itu baru selesai meletakkan keretanya di kawasan parkir.

Beliau berkata, polis ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati, terdapat pengawasan CCTV di tempat kejadian. Menurutnya, menerusi rakaman CCTV itu, polis mendapati suspek bertindak solo dengan menunggang motosikal bernombor pendaftaran BPC 6163 menggunakan senjata sebilah parang.

Mangsa yang mengalami bengkak pada bahagian kepala, lebam di lengan dan lutut sebelah kanan serta sakit di bahagian atas paha kanan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Pihak polis akan memohon perintah reman di mahkamah hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Video kejadian berkenaan tular di laman sosial sejak pagi semalam dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply