ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan pertimbang lanjutkan tempoh pembaharuan lesen memandu sehingga 10 tahun

Berita Tempatan

Views

Kerajaan sedang mengkaji untuk memanjangkan tempoh maksimum pembaharuan lesen memandu sehingga sepuluh tahun berbanding lima tahun sekarang.

Malaysiakini melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, beliau telah meminta pegawai-pegawainya mengemukan kertas cadangan berkaitan perkara itu.

“Saya minta boleh diperbaharui terus 10 tahun. “Mungkin bayar sekali gus (untuk) 10 tahun,” katanya semasa ucapan penggulungan kementeriannya di parlimen.

Beliau juga berkata, potongan harga juga mungkin boleh diberikan bagi menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen memandu untuk tempoh yang lebih panjang.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Tambah beliau, ia mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kalam Salan (Perikatan Nasional-Sabak Bernam) berkaitan kewajaran memperbaharui lesen memandu.

Kalam juga bertanya sama ada pemansuhan pembaharuan lesen memandu boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat semalam, Loke berkata cadangan menurunkan harga cukai jalan memerlukan kajian menyeluruh memandangkan sebarang keputusan yang diambil akan memberi implikasi kepada kutipan hasil negara.

Menurutnya, kutipan cukai jalan menyumbang kira-kira RM3 bilion kepada hasil kerajaan. “Kita akan pertimbangkan bagaimana struktur penetapan harga cukai jalan itu dilakukan dan ditetapkan, perlu satu kajian yang menyeluruh untuk melihatnya,” katanya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau menjawab celahan Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berhubung kemungkinan kerajaan menurunkan kadar cukai jalan ketika negara kini berada di fasa pemulihan ekonomi dan rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Dalam pada itu, Loke berkata MOT juga sedang melakukan kajian dalam mencari struktur terbaik untuk kadar cukai jalan kenderaan elektrik (EV).

Dia berkata ketika ini, kenderaan EV masih lagi menikmati pelepasan cukai sehingga tahun 2025 dan MOT mengambil ruang masa yang ada untuk melakukan kajian.

“Struktur cukai jalan bagi kenderaan EV ini mestilah selari dengan dasar kerajaan dalam mempromosikan penggunaan kenderaan EV di negara ini. Jadi nak promosikan EV ini, kita kena pelbagaikan insentif, insentif itu kena ada dan yang penting cukai jalan yang dikenakan nanti, mestilah pada kadar yang kompetitif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui seluruh ekosistem berkait penggunaan kenderaan EV seperti kemudahan fasiliti pengecasan perlu diperkasa bagi menggalakkan penggunaan EV di negara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply