ARKIB

KATEGORI

Buletin

MITI minta Proton dan Perodua percepat pengeluaran EV nasional mampu milik

Berita Tempatan

Views

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang berbincang dengan Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) nasional dan menawarkan pilihan EV mampu milik, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Berita Harian, beliau turut menegaskan, pada masa yang sama garis panduan semasa permit import (AP) turut ditambah baik dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan yang dipasang sepenuhnya (CBU).

Ia bagi membolehkan kajian pasaran pra-pemasangan (MRA) untuk EV dibuat, supaya syarikat-syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran.

Jelas beliau, langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bagi Proton, mereka menyasarkan untuk mengeluarkan EV jenama sendiri seawal tahun 2027 dan pada Disember lalu telah menghantar beberapa kakitangannya ke Hangzhou, China bagi mempelajari tentang kenderaan tenaga baharu (NEV).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, berkata buat masa ini Proton memiliki dua model pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV, namun mereka perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan untuk menjadi sebahagian pengeluar dalam industri alaf baharu itu.

Katanya, pelan hala tuju EV Proton sudah bermula hampir 10 tahun lalu, namun tidak dapat dilaksanakan selepas mengambil kira permintaan pasaran ketika itu. Perodua pula dijangka akan memperkenalkan EV hibrid pertamanya pada tahun 2024.

Pada November tahun lalu, rakan strategiknya iaitu Daihatsu Motor Co., Ltd. (Daihatsu) dan Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik untuk pembekalan bateri dan teknologi bateri bagi menggalakkan e-mobiliti di Jepun.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Di bawah perjanjian ini, CATL berhasrat untuk menyediakan bekalan bateri EV yang stabil kepada kenderaan elektrik Daihatsu.

Dengan menghimpunkan kelebihan teknologi masing-masing daripada kedua-dua syarikat ini, CATL dan Daihatsu berhasrat untuk menggalakkan aplikasi teknologi bateri yang canggih termasuk CTP (sel-ke-pek) dan BMS.

Dengan bateri termaju CATL, Daihatsu akan dapat meningkatkan pengeluaran dan prestasi kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi dan berpatutan bukan sahaja di Jepun, bahkan di pasaran-pasaran baharu termasuk Asia Tenggara.

Ia mungkin memberi ‘isyarat awal’ yang kerjasama antara kedua-dua syarikat ini bakal memacu pengenalan model EV kompak pertama keluaran Perodua pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply