ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan pertimbang “Lemon Law”, masih di peringkat awal

Berita Tempatan

Views

Kerajaan di peringkat awal menyemak dan menyelidik kemungkinan mewujudkan “Lemon Law, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.

Bercakap kepada FMT, katanya, Malaysia aktif menangani isu perlindungan pengguna berkaitan kenderaan rosak dan menganalisis amalan antarabangsa sebelum menyesuaikannya untuk kegunaan tempatan.

Beliau mengulas desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya “Lemon Law” diperkenalkan, iaitu remedi undang-undang untuk pengguna membeli kenderaan rosak, sama ada baharu atau lama, yang gagal memenuhi kriteria kualiti serta prestasi dalam tempoh khusus.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina antara negara mengguna pakai undang-undang seperti itu. Pada 2004, Singapura merangkumkan “Lemon Law” dalam Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil).

Bagaimanapun, Armizan berkata, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang diguna pakai Malaysia turut melindungi pengguna daripada kenderaan rosak.

“Akta itu melindungi pengguna berkait kenderaan rosak dalam beberapa cara, walaupun ia bukan secara jelas “Lemon Law” dan tidak menawarkan remedi khusus seperti pembelian semula kereta untuk kerosakan tidak boleh dibaiki.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ia menyediakan pelbagai peruntukan yang boleh digunakan untuk menangani masalah kenderaan rosak. Baru-baru ini, dua laporan kenderaan baru dibeli rosak tular di media sosial.

Kerani, S Nagakanni dilaporkan berkata, Perodua Bezza baharunya rosak lapan jam selepas dibeli dan beliau terpaksa melunaskan pinjaman bulanan RM537, walaupun kereta itu tersadai di pusat servis.

Noriya Mamat dari Terengganu pula berkata, Honda HR-V yang baharu dibelinya juga tersadai di pusat servis berbulan-bulan selepas menghantarnya ke situ sebulan selepas pembelian untuk diservis apabila mencapai jarak perjalanan 1,000km.

Katanya, beliau terpaksa membuat bayaran bulanan RM1,500 untuk kereta itu yang langsung tidak dapat dipandunya. – FreeMalaysiaToday

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan (hasil janaan Kecerdasan Buatan)

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply