ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran massa ‘EV mampu milik’ Perodua bermula hujung 2025 – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi satu ciapan di akaun X (Twitter) memaklumkan bahawa pengeluaran massa kenderaan elektrik (EV) oleh Perodua dijadualkan pada hujung tahun 2025.

Ujar beliau, ia selaras dengan pelantikan Perodua untuk menerajui pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030).

Jelas Tengku Zafrul, Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perodua kerana membantu Malaysia dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik dan memperkukuhkan mobiliti mampan Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada Ogos tahun lalu, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata syarikat itu merancang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model EV dengan kerjasama rakan kongsinya dari Jepun.

Sekiranya Perodua mampu mengeluarkan dan memasang EV secara tempatan, ia boleh dijual di bawah harga RM100,000. Namun, rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd masih belum mempunyai EV sepenuhnya buat masa ini.

Daihatsu merupakan anak syarikat milik penuh Toyota Motor Corp, yang telah melabur banyak dalam menghasilkan bateri yang lebih cekap dengan objektif untuk menghasilkan model hibrid.

Pada Mei tahun lalu, Perodua memperlihatkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept bersempena dengan Malaysia Autoshow 2023.

EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Kuasanya setara dengan apa yang dihasilkan oleh enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza. Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Ini membolehkannya dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Ini bermakna ukurannya hampir menyamai sebuah Myvi.

Penggayaannya menampilkan gaya reka bentuk moden dan futuristik dengan penggunaan garisan tajam pada reka bentuk lampu depaan dan belakang.

Adakah kita berpeluang untuk melihat prototaip berskala penuh EV berkenaan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS24) yang dijadualkan pada Disember tahun ini? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply