ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tidak wajibkan kenderaan lain pasang kerusi keselamatan kanak-kanak – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ (CRS) pada medium kenderaan lain termasuklah bas dan ambulans. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini kementerian hanya memberi tumpuan kepada kereta persendirian sahaja.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Jelas beliau, dalam jangka masa panjang, pihaknya berharap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama, mereka hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.

Katanya, bukan mudah untuk melaksanakan langkah baharu dan mereka mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian terlebih dahulu. Kemudiannya, mereka akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Berhubung isu harga CRS yang dikatakan agak mahal hinggakan menjadi kerisauan orang ramai, Loke berkata ia akan mengalami penurunan harga apabila berlakunya peningkatan permintaan dan juga penawaran.

Kata beliau, pihaknya akan mengambil langkah bagi mengurangkan kos untuk memiliki CRS termasuklah penglibatan daripada pihak swasta. Namun sudah tentu apabila kerajaan mewajibkan peraturan ini maka akan wujudnya pasaran yang besar kerana setiap orang memerlukan kerusi ini. Ia secara tidak langung akan memperlihatkan penurunan harga dan penawaran yang banyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply