ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta berpusing, tayar tercabut – Anak dalam ‘carseat’ selamat

Tular

Views

Kami ingin kongsikan satu kisah yang tular di laman Facebook Viral oh Viral kelmarin mengenai kisah seorang wanita yang baharu sahaja mengalami kemalangan jalan raya. Hantaran ringkas tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet dengan lebih 5 ribu perkongsian serta 6.4 ribu tanda suka setakat ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menurut wanita yang bernama Afiqa Fiqa, kereta jenis Ford Fiesta yang dinaikinya hilang kawalan lalu berpusing dan impak dari kemalangan tersebut menyebabkan tayar tercabut dan bahagian depan keretanya remuk. Wanita itu mengalami koyak di bahagian bibir dan kaki, manakala suaminya bengkak dada akibat terkena beg udara yang mengembung.

Namun dia bersyukur kerana anaknya yang ketika kejadian duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), selamat. Katanya, semasa kereta sedang berpusing dia sempat melihat keadaan anaknya di CRS dalam keadaan baik dan tidak bergerak. Hanya kepalanya sahaja seolah-olah terpusing seperti kehairanan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Apa yang penting anaknya langsung tidak mengalami sebarang kecederaan dan selepas keluar dari kereta, anaknya sempat lagi ketawa dan bermain-main. Dalam masa yang sama wanita itu turut menasihatkan kepada para ibu bapa yang lain supaya berusaha untuk mendapatkan CRS untuk anak-anak kerana tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya dia memangku anaknya pada ketika itu.

Dia turut meminta warganet supaya mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kami berharap agar perkongsian ini dijadikan iktibar buat kita semua. Semoga kita semua dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Sentiasalah kita berwaspada ketika di jalan raya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply