ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki simbah minuman pada jurutol – KESAS buat laporan polis

Berita Tempatan

Views

Pihak Lebuhraya Shah Alam (KESAS) membuat satu laporan polis berhubung kejadian seorang jurutol yang bertugas di Lebuhraya Shah Alam (LSA) disimbah air minuman berbungkus oleh seorang lelaki seperti yang tular di media sosial semalam.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menurut Sinar Harian, KESAS dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan mendapati kejadian berlaku selepas seorang individu yang melalui satu daripada lorong tol tidak dibenarkan membuat urusan tambah nilai di tempat tersebut.

Individu tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan jurutol terlibat yang tidak membenarkan transaksi dilakukan di lorong tempat dia (suspek) lalui, di mana sebenarnya pihak KESAS telah menyediakan lorong khas untuk urusan tambah nilai berkenaan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Susulan kejadian itu, KESAS membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung insiden berkenaan. Jurutol yang terlibat turut direhatkan daripada bertugas. Terdahulu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tol berkenaan memaparkan seorang individu menaiki kereta jenis Perodua Bezza yang bertindak keluar dari kenderaannya sebelum menyimbah air minuman berbungkus kepada jurutol di LSA.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply