ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang Geely, AE200 X01 lulus ujian penerbangan sulung

Berita Global

Views

Kereta terbang kini bukan lagi sekadar ‘kisah dongeng’ ataupun fiksyen. Beberapa firma dari China, termasuklah Xpeng dan Geely sedang berlumba-lumba untuk menjadikannya satu realiti.

Baru-baru ini kereta terbang Geely, AE200 X01 telah berjaya dalam ujian penerbangan sulungnya pada 2023. Dengan kejayaan ini, penerbangan ujian pertama AE200 X01 mula memasuki peringkat baharu.

AE200 X01 merupakan pesawat berlepas dan mendarat secara menegak elektrik sepenuhnya (eVTOL) yang
dibangunkan secara bebas oleh Wofei Changkong, anak syarikat penerbangan Geely.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pertama kali diumumkan pada Ogos 2022 oleh Geely, AE200 X01 ialah projek kereta terbang eVTOL yang dibangunkan sendiri oleh Geely.

Sejak pengumumannya, jurutera syarikat telah bekerja dengan pantas dalam memastikan ia memperoleh sijil kelayakan udara. Pada November 2022, AE200 X01 menjadi eVTOL yang pertama untuk menerima pensijilan jenis pesawat di China.

Kira-kira sebulan kemudian, pada Disember 2022, ia melengkapkan semua ujian penerbangan sistem utama dan melancarkan barisan pemasangan pada bulan yang sama.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dibina untuk berfungsi dalam bandar dan aplikasi perjalanan antara bandar, AE200 X01 menyasarkan untuk menjadi eVTOL berprestasi tinggi dan bakal dilancarkan pada 2024.

Wofei Changkong telah menyatakan bahawa ia akan menumpukan pada pengesahan teknologi utama dan ujian penerbangan selain terus menjalankan ujian penerbangan yang berkaitan.

Syarikat itu juga akan mengumpul data keselamatan penerbangan di samping cuba memastikan AE200 memenuhi semua keperluan kelayakan udara.

Geely telah melabur dalam beberapa projek kereta terbang, dan AE200 X01 adalah anak hasil usahasama antara Wofei Changkong dan syarikat teksi udara Jerman, Volocopter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply