ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerosakan pam minyak – Honda Malaysia panggil balik 55,354 unit kereta

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia menerusi satu kenyataan media hari ini mengumumkan panggilan semula yang melibatkan 55,354 unit kenderaan Honda untuk menggantikan pam minyak sebagai langkah pencegahan awal. Inisiatif ini adalah sejajar dengan kempen yang sama dilakukan oleh pengeluar kereta tersebut di peringkat global

Berikut adalah senarai model yang terlibat:

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Kesemua unit kenderaan yang terlibat dikeluarkan pada tahun 2018 dan 2019. Honda Malaysia memohon maaf kepada pemilik yang terjejas dan menegaskan model keluaran 2020 tidak terlibat sama sekali dengan kempen tersebut. Selain itu, Honda Malaysia akan terus mendokong ketelusan dan kawalan yang ketat bagi memastikan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Menurut Honda Malaysia, ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kehilangan kuasa dari enjin atau kenderaan terhenti secara tiba-tiba. Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dan Honda Malaysia menyeru mereka yang berkenaan supaya menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk menetapkan janji temu sebaik sahaja menerima pemberitahuan untuk penggantian pam minyak itu, bergantung kepada ketersediaan stok.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Hingga setakat ini, tiada sebarang insiden atau kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan berhubung dengan isu ini di Malaysia. Penggantian alat ganti yang terlibat adalah percuma dan segala kos yang berkaitan dengannya juga akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Stok alat ganti pula akan tersedia secara berperingkat-peringkat.

Memandangkan talian bebas tol Honda kini sedang dalam penyelenggaraan teknikal, pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini dengan menghubungi mana-mana pengedar sah Honda atau melayari www.honda.com.my untuk menyemak status kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply