ARKIB

KATEGORI

Buletin

R3 akan kembali dalam masa terdekat? Model apakah bakal menjadi yang pertama dilancarkan?

Berita Tempatan

Views

Masih ingatkah lagi anda pada artikel kami yang diterbitkan pada 1 Mac lalu? Dalam artikel tersebut, laman sesawang Geely mengumumkan, pereka Proton yang diterajui oleh Azlan Othman sedang membangunkan  beberapa pilihan aksesori untuk pelanggan Proton menaiktaraf kereta kesayangan mereka dengan gaya yang tersendiri.

Ada tiga pakej aksesori yang bakal ditawarkan, iaitu pakej LifestyleR3 Sports dan Proton Design. Pakej Lifestyle menawarkan lebih keselesaan dan kemudahan, sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Bagi penggemar prestasi, pakej R3 Sports akan membolehkan anda meningkatkan prestasi kereta sehingga 30 peratus, menerusi penambahan spoiler dan pengecas turbo tambahan.

Pakej Proton Design pula bakal memberi lebih penghalusan kepada rupa kereta, menjadikannya lebih bergaya menerusi fabrik khas yang direka oleh pereka selebriti. Tidak dipastikan bilakah pakej aksesori ini akan ditawarkan secara rasmi, namun kami mendengar desas-desus yang mengatakan pakej R3 Sports dijangka membuat kemunculan dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Model pertama yang akan kembali ‘menyarung jersi R3 Sports’ ini masih belum diketahui. Namun pada firasat  penulis, ada dua model yang mempunyai potensi menjadi calon awal, iaitu Iriz dan Saga. Sekiranya anda masih ingat, model varian R3 juga mempunyai liveri dengan warna rasmi iaitu Incognito Black, siap dengan jalur ‘belang tarung’ kombinasi, putih, kelabu dan merah.

Jenama R3 ini sebenarnya ibarat seperti Type-R, Ralliart, Nismo atau TRD untuk kereta keluaran Proton dan ia ‘telah menyepi’ sejak sekian lama. Kenapa penulis memilih Iriz dan Saga antara salah satu calon terawal kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri. Iriz meskipun jualannya ‘agak sendu’ sejak kebelakangan ini, namun reputasinya sebagai antara hatchback terbaik yang pernah dihasilkan Proton tidak boleh disangkal lagi.

Jika tidak, mana mungkin model ini dijadikan sebagai jentera rali oleh pasukan pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) yang berpangkalan di UK dan telah berjaya memenangi beberapa peringkat rali di negara tersebut. Jadi inilah masanya untuk Proton, melonjakkan kembali nama Iriz dengan menjadikannya sebagai model R3.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Anda boleh membayangkan bagaimana jentera cilik ini menyarung jersi R3 menerusi gambaran Proton Iriz S1000 versi Theophilus Chin (rujuk foto di bawah). Selain Iriz, Saga juga berpotensi kerana ‘sedan marhaen’ ini terus menjadi model pilihan pembeli di Malaysia dan berjaya menjadi sedan segmen A paling popular pada bulan Mei.

Ini adalah kesempatan yang perlu diambil oleh Proton untuk mengukuhkan cengkaman Saga dalam carta jualan kenderaan sedan segmen A dengan memberikannya versi R3. Model itu nanti mungkin boleh mengembalikan nostalgia kita kepada model kepada dua model sedan R3 terdahulu, iaitu Waja dan Gen.2 Merdeka Millennium Endurance Edition (MME).

Jangkaan kami, model pertama dari R3 akan muncul sebelum suku ke-empat tahun ini. Kami akan cuba meminta bantuan Mat Bond untuk menjalankan misi risikan mengenai R3 dalam masa yang terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan – Gambaran Proton Iriz S1000 versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply