ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerusi keselamatan kanak-kanak – 577 notis advokasi telah dikeluarkan JPJ

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sebanyak 577 notis advokasi telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pemandu kenderaan persendirian yang membawa kanak-kanak tanpa kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) sejak peraturan itu diwajibkan sejak 1 Januari lalu.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, meskipun tiada saman akan dikeluarkan sehingga Jun ini, namun notis advokasi itu dikeluarkan bagi menasihati pemandu untuk menggunakan CRS ketika membawa penumpang kanak-kanak.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Kata beliau, ia hanyalah notis advokasi, bukannya saman. Tambahnya, jika ada yang disaman sila kemukakan. Pihaknya juga sudah menjangka tidak mudah untuk mendapat kerjasama atau pematuhan sepenuhnya untuk memperkenalkan satu peraturan baharu.

Loke berkata demikian selepas menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Bagi Pajakan dan Pembangunan Hotel Grand Majestic antara Perbadanan Aset Keretapi dengan Majujaya Hebat Sdn Bhd. Beliau berkata, pendekatan ‘soft landing’ diambil bagi memberi lebih masa kepada ibu bapa dan pengguna untuk memahami keperluan CRS.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 23 Oktober lalu mengumumkan CRS wajib digunakan dalam kereta persendirian bermula 1 Januari 2020. Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter ke bawah diwajibkan menggunakan CRS mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu R44 dan R129.

Langkah itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply