ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) – Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama

Berita Tempatan

Views

Semalam Bernama melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiada sebarang saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya yang bermula tahun hadapan.

Anthony berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya. Kajian Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati hanya 30 peratus sahaja pemilik kenderaan yang memasang CRS.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Kata beliau, apa yang penting pihaknya ingin memberi kesedaran dan nasihat. Tiada tindakan saman diambil sekiranya masih belum memasang CRS, mereka hanya kan memberi amaran dan peringatan terlebih dahulu. Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Bulan Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan CRS di dalam kenderaan berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan dalam usaha mengurangkan kes kecederaan serius atau kematian kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Loke berkata pihaknya juga telah mendapat kelulusan untuk mengenakan sifar peratus duti import CRS selain pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 10 peratus kepada lima peratus daripada Kementerian Kewangan (MOF). Katanya, kementerian berharap dapat menetapkan kadar sifar SST, namun ia memerlukan kelulusan daripada pihak MOF.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak terutama pengeluar kenderaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk membantu usaha kerajaan dalam mewajibkan penggunaan CRS. Tambahnya, terdapat juga pihak swasta yang telah memberikan subsidi pembelian CRS kepada golongan kurang berkemampuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply