ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes langgar pemotong rumput di Songkhla – Pemandu tiada lesen sah

Berita Global

Views

Ini berita terbaharu mengenai kes kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand yang melibatkan seorang pemandu wanita dari Malaysia. Menurut Malaysiakini, pemandu tersebut telah didapati memandu tanpa lesen yang sah. Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Dia bakal menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan. Polis Thai bersetuju untuk mengurangkan wang ikat jamin daripada 500,000 baht (RM 68,000) kepada 200,000 (RM27,000). Walaubagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara itu sehingga kesnya selesai.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Wanita itu juga perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM 6,764) masing-masing kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 250,000 baht (RM33,823). Selain itu, dia turut dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah. Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.

Katanya, pihak kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan. Kejadian kemalangan maut itu berlaku kelmarin semasa wanita itu bersama dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla. Kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan merempug lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply