Beberapa penyelidik keselamatan di Technische Universität Berlin dari Jerman telah berjaya menemui satu ‘kerentanan sekuriti’ yang membolehkan mereka untuk mengaktifkan fungsi Full Self Driving (FSD) pada model Tesla tanpa perlu membuat sebarang pembayaran.
Christian Werling, salah seorang penyelidik yang berjaya melakukan “penggodaman” ini mengatakan, akses fizikal kepada sebuah kereta Tesla diperlukan untuk melakukannya.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Mereka telah menggunakan teknik “gangguan voltan” yang menyebabkan unit pemprosesan pusat (CPU) di dalam sistem inforia kenderaan Tesla untuk menerima jumlah voltan.
Ini membolehkannya untuk menerima arahan-arahan tertentu, tanpa perlu menunggu pengesahan dari rangkaian intranet Tesla.
Malah, dia mengatakan penggodaman ini membolehkan fungsi FSD diaktifkan di lokasi-lokasi di mana ciri tersebut belum diaktifkan lagi.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Sungguhpun begitu, harus diingat bahawa tidak diketahui lagi bagaimana ciri FSD akan berfungsi di lokasi-lokasi di mana ia masih belum diuji.
Werling mengatakan bahawa pasukannya juga mempunyai kunci pengesahan yang membolehkan mereka mengesahkan pengaktifan sistem FSD melalui sambungan internet, sekali gus membolehkan kereta tersebut menggunakannya secara percuma dan “sah”.
Kumpulan penyelidik universiti ini juga akan memperlihatkan penemuan mereka di acara Black Hat Security Conference 2023 di Las Vegas pada minggu hadapan. – Amanz.my
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI