ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Seltos dwi-tona dikesan di Bangalore

Foto Intipan

Views

Kali ini kami kongsikan foto intipan dari negara luar pula. Buat pertama kalinya dua unit KIA Seltos warna badan dwi-tona telah berjaya dikesan di Bangalore, India. Ia berjaya dirakam oleh salah seorang ahli group Facebook Kia Seltos Club India, Ram Dantuluri. Kami sebenarnya sangat berkenan dengan kombinasi warna putih dan oren berbanding merah dan hitam yang nampak lebih ranggi dan sporty.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Menurut laman permotoran Indianautosblog.com, untuk pasaran India, KIA mengesahkan Seltos akan hanya ditawarkan dengan satu-tona warna sahaja. Lapan pilihan warna menarik ditawarkan, iaitu Intense Red, Punchy Orange, Clear White, Glacier White Pearl, Steel Silver, Gravity Gray, Aurora Black Pearl dan Intelligency Blue. Ruang kabinnya pula diberi dua pilihan skema warna, satu-tona dan dwi-tona.

Di India, Seltos akan berentap dengan sepupunya Hyundai Creta, selain Nissan Kicks, MG Hector dan Tata Harrier. Seltos akan ditawarkan tiga pilihan enjin, sama ada unit petrol 1.5-liter Smartstream (115 PS/144 Nm) dan 1.4-liter T-GDI (140 PS/242 Nm) atau unit diesel 1.5-liter CRDi (115 PS/250 Nm).

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Transmisi 6-kelajuan manual akan ditawarkan sebagai standard manakala pilihan kotak gear CVT (untuk varian 1.5-liter), 7-kelajuan DCT (untuk varian 1.4-liter turbo), dan  6-kelajuan torque converter pula ditawarkan untuk varian 1.5-liter diesel.

Antara ciri-ciri menarik model SUV kompak ini untuk pasaran India ialah lampu hadapan, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang LED sepenuhnya, indikator signal 3D berlapis, sistem infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 10.25-inci, paparan head-up bersaiz 8-inci, kamera 360-darjah, sensor pakir depan dan enam beg udara.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply