ARKIB

KATEGORI

Info

Proton Wira merupakan ‘barang panas’ di mata si pencuri kereta, ini antara sebabnya…

Info

Views

Kes curi kereta adalah merupakan antara jenayah yang paling kerap berlaku di Malaysia dan setiap hari ada sahaja kes terbaharu yang dilaporkan. Bernama melaporkan, pada tahun lepas sahaja sebanyak 35, 953 buah kereta telah dicuri.

Tetapi tahukah anda bukan semua model menjadi sasaran si penjenayah dan ada beberapa model kereta tertentu sahaja yang boleh dikategorikan sebagai ‘barang panas’. Model-model kereta inilah yang telah merekodkan kadar kecurian yang tertinggi.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC),  ada 10 model kereta yang paling kerap dicuri dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2019. Model-model tersebut pula terdiri dari lima jenama iaitu Proton, Perodua, Toyota, Nissan dan Honda.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Berikut adalah model yang mengungguli carta kecurian kereta dari bulan dari Januari – Jun 2019:

  1. Proton Wira  – 127 unit
  2. Proton Iswara  –  82 unit
  3. Perodua Kancil  – 70 unit
  4. Toyota Hilux – 52 unit
  5. Perodua Myvi – 49 unit
  6. Proton Waja – 41 unit
  7. Proton Saga – 40 unit
  8. Nissan Vannette – 36 unit
  9. Honda Civic – 28 unit
  10. Honda City – 24 unit

Anda semua pasti hairan mengapa Proton Wira paling diminati oleh si pencuri kan? Menurut satu ciapan menerusi laman Twitter @simonwhthong Proton Wira menjadi model ‘paling panas’ kerana pengeluaran model ini telah lama dihentikan. Ini bermakna segala bahagian badan dan organ dalamannya boleh menjadi alat ganti yang mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi dan mudah untuk dijual.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Sebagai contoh, enjinnya sahaja boleh dijual dengan harga di antara RM1,500 – RM2,000. Kotak gearnya juga mempunyai harga yang agak tinggi, RM1,000 untuk manual manakala unit automatiknya pula berharga RM1,300. Cermin belakangnya pula boleh dijual pada harga RM350 dan panel meternya pula bernilai RM300.

Ini tidak termasuk komponen-komponen lain, hatta pemegang pintunya sahaja masih lagi laku jika dijual pada harga RM20 seunit. Jadi tidak hairanlah Proton Wira menjadi sasaran utama memandangkan segala apa yang ada padanya boleh dijadikan alat ganti tercurai di kedai-kedai potong.

Jadi kami nasihatkan kepada pemilik-pemilik Proton Wira, supaya berhati-hati semasa pakir kereta anda, pastikan ia berada di kawasan yang selamat. Kalau anda ada duit lebih, pasanglah alat pengesan GPS kerana ia mampu mengesan di mana lokasi kereta anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply