ARKIB

KATEGORI

Tular

Kilang Honda Melaka ada kes COVID-19, betul ke? Ini jawapan Jabatan Kesihatan Melaka

Tular

Views

Semalam, tular sekeping gambar yang memperlihatkan beberapa petugas perubatan memakai pakaian perlindungan bersama beberapa pekerja kilang yang turut memakai topeng muka di kilang berkenaan. Menurut Harian Metro, Jabatan Kesihatan Melaka kini sedang menyiasat dakwaan kononnya terdapat kes positif Covid-19 di sebuah kawasan kilang milik Honda Malaysia di Alor Gajah, di Melaka seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, gambar yang tular membabitkan petugas perubatan memakai pakaian perlindungan di perkarangan kawasan kilang berkenaan dianggap sebagai prosedur biasa. Jelas beliau, kes berkenaan masih dalam siasatan dan gambar yang tular mengenai kes di kilang Honda Melaka itu adalah prosedur operasi standard bagi siasatan kes, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri itu boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka bagi mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung Covid-19. Tambahnya, untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Melaka di talian 06-2345 999 atau melalui e-mel: [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply