ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima hari hilang, rupanya ditemui maut kemalangan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, misteri kehilangan seorang lelaki sejak lima hari lalu terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 23 Jalan Kota Tinggi-Mersing, malam kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, pada jam 8.15 hari kejadian, pihaknya menerima maklumat kes kemalangan maut.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Katanya, sebuah Proton Persona ditemui orang awam di lereng bukit dalam jarak kira-kira 20 meter dari jalan besar bersama mayat tersepit di bawah kenderaan. Jelas beliau, kejadian juga dipercayai berlaku beberapa hari berikutan keadaan mayat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Tambahnya, mayat yang berpakaian lengkap itu ditemui dengan kecederaan parah di badan dan kepala. Kata Cyril, berdasarkan dokumen diri, mangsa ialah Muhammad Izzudin Israfil,30, yang beralamat di Taman Sri Puteri Mersing yang dilaporkan hilang di Balai Polis Ulu Tiram sejak 7 Mac lalu.

Cyril menambah, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat. Waris mangsa juga dikesan bagi tujuan pengecaman. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply