ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kini dengan hanya satu ketik sahaja, dah ‘Setel’ bayar petrol di stesen Petronas

Berita Tempatan

Views

Setel menaik taraf pengalaman mengisi petrol buat para pengguna kenderaan di Malaysia dengan fungsi ‘One-Tap Fuelling’ yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu ketik sahaja di mana-mana stesen Petronas seluruh negara dan meraih mata ganjaran Mesra.

Solusi yang pertama seumpamanya ini tersedia untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara, dan akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang dua bulan yang berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, pihaknya sedang giat menginovasi dan membangunkan solusi-solusi yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang kian berubah, terutamanya dalam fasa endemik ini di mana warga Malaysia lebih kerap bergerak.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dan kini, pengguna yang biasanya harus membuat beberapa ketikan sebelum dapat mengisi minyak, boleh berbuat demikian dengan satu ketik sahaja menerusi aplikasi Setel. Mereka kini tidak perlu lagi mengeluarkan dompet atau kad untuk mengisi petrol dan memperoleh mata ganjaran.

Pengguna Setel yang berminat juga boleh mendapatkan akses awal dengan memuat naik halaman “Dah Setel So Far” masing-masing dalam bentuk Instagram Story atau Tweet beserta dengan kapsyen: “I want One-Tap Fuelling now”, kemudian tag @setel bersama #SetelOneTapFuelling.

Bermula hari ini (5 September 2022) hingga 4 Oktober 2022, pengguna juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta dengan tag @setel dan #SetelOneTapFuelling.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Melalui fungsi tersebut, pengguna Setel dapat menetapkan kuantiti petrol yang ingin diisi mengikut liter atau tangki penuh, di laman ‘Keutamaan’ semasa mengkonfigurasi fungsi ‘One-Tap Fuelling’.

Pengguna juga boleh menetapkan kaedah pembayaran pilihan masing-masing; yang termasuk CardTerus untuk pembayaran terus atau melalui kad debit atau kredit, serta Setel Share yang membolehkan pengguna berkongsi Setel Wallet atau CardTerus mereka dengan dua individu lain untuk membuat bayaran dan meraih mata ganjaran Mesra.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, layari https://www.setel.com/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply