ARKIB

KATEGORI

Buletin

Koc dua tingkat dari casis tiga gandar MAN RR5 jadi pilihan Super Nice Express

Berita Tempatan

Views

Super Nice Express Sdn Bhd telah menerima sebuah koc dua tingkat yang dibina dari casis tiga gandar MAN RR5 keluaran MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia). Dipasang di Serendah, Selangor, casis koc MAN RR5 digandingkan dengan kotak gear MAN TipMatic® yang pintar, senyap dan menjimatkan bahan api.

Koc MAN ini turut menampilkan rekabentuk badan TX9 yang baharu dan inovatif dan kerusi graviti sifar yang pertama di Malaysia. Kerusi ini menjanjikan pengedaran darah yang optimum dan keselesaan tanpa sakit badan walaupun duduk selama berjam-jam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Rekaan badan bas ini dihasilkan oleh TACT Coach Seat & Manufacturing Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Pulau Pinang. Semasa majlis penyerahannya, Super Nice juga telah menandatangani perjanjian untuk membeli 10 unit lagi casis koc MAN RR5 dan RR3 daripada MAN Malaysia.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, casis koc MAN RR5 memenuhi semua keperluan Super Nice kerana ianya fleksibel, serba boleh dan tahap keandalan yang tinggi. Koc MAN RR5 turut dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju dan transmisi yang cekap serta menjimatkan bahan api.

Mulai tahun 2023, MAN Malaysia akan menawarkan enjin Euro V rendah pelepasan sebagai standard untuk semua casis bas dan koc MAN. Syarikat juga akan mula menerima pesanan untuk casis MAN eBus elektrik sepenuhnya dengan pelepasan sifar.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pengerusi Super Nice, Roy Chew pula berkata, syarikatnya kini mengendalikan 40 unit koc MAN selepas mengambil alih Zenwan Express, syarikat koc mewah popular yang memberi perkhidmatan untuk laluan Singapura – Melaka – Kuala Lumpur – Ipoh.

Ujar beliau, koc MAN telah terbukti boleh dipercayai dengan masa henti yang minimum dan kos penyelenggaraan yang rendah. Kelebihan ini menggalakkan mereka untuk membeli unit-unit tambahan bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi perjalanan ke seluruh negara.

Bas dan koc MAN, kini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terkini seperti Sistem Brek Elektronik (EBS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), MAN BrakeMatic® dengan pengurusan kawalan kelajuan dan kawalan luncur maksimum, Sistem Kawal Lorong (LGS) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply