ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Citroën C3 (CC21) ‘ronda-ronda’ Jalan Masjid India

Foto Intip

Views

Kami rasa agak lama juga Berjaya Auto Alliance (BAASB) menguji model pemanduan kanan (RHD) , Citroën C3 (CC21).

Sebenarnya unit ujian model SUV kecil ini telah mula dikesan sejak tahun 2021, namun sehingga kini ia masih lagi belum dilancarkan di Malaysia.

Sabtu lalu, unit ujian Citroën C3 (CC21) telah berjaya dirakam oleh rakan pembaca bernama Amirul RegiusAce di sekitar Jalan Masjid India.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Agak menarik, ia langsung tidak mengenakan sebarang pelitup celoreng penyamaran dan hanya menutup bahagian logo serta emblemnya sahaja di bahagian belakang dengan pita pelekat berwarna hitam.

Menurut Amirul RegiusAce, bahagian hadapan unit ujian ini juga hanya ditutup pada bahagian logonya sahaja dan ia merupakan versi pemanduan kanan (RHD).

Setakat ini, tiada ‘bunga-bunga’ pelancaran dan juga langsung tiada sebarang informasi mengenai bilakah tarikh pengenalan rasminya.

Namun, besar kemungkinan ia akan diperkenalkan tahun depan memandangkan tahun 2022 hanya berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Model yang bakal berentap dengan Perodua Ativa ini dibangunkan dari pelantar Common Modular Platform yang dihasilkan oleh Groupe PSA.

Di India, ia ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin petrol 1.2-liter aspirasi alami (NA) yang digandingkan dengan transmisi lima-kelajuan manual dan 1.2-liter turbo dengan kotak gear enam-kelajuan manual.

Difahamkan pilihan transmisi automatik bakal ditawarkan bermula Januari 2023. Mungkin inilah penyebab pelancaran Citroën C3 (CC21) masih tertangguh kerana pihak BAASB perlu mengujinya secara intensif terlebih dahulu.

Kita semua tahu yang pembeli kenderaan persendirian di Malaysia lebih cenderung memilih transmisi automatik berbanding manual. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amirul RegiusAce

Citroën C3 2022

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply