ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontraktor kena tipu beli Ford Ranger Raptor terpakai di Facebook

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang kontraktor kerugian RM14,412 apabila tertipu dalam urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor terpakai dari Singapura yang diiklankan melalui Facebook, kelmarin. Mangsa berusia 53 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pekan semalam selepas kenderaan yang dibeli itu gagal diserah seperti yang dijanjikan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa melayari laman sosial itu pada 3 Oktober lalu dan melihat satu iklan penjualan kereta terpakai dari Singapura. Katanya, mangsa berminat untuk membeli kenderaan Ford Ranger Raptor yang diiklankan pada harga RM36,000.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki (penjual) untuk proses pembelian kenderaan itu sebelum dia diminta mengemukakan gambar kad pengenalan, lesen memandu, salinan sijil syarikat (SSM) dan penyata bank untuk tempoh bulan terkini bagi tujuan pinjaman.

Selain itu mangsa juga diminta membayar RM6,100 untuk wang pendaftaran dan wang pendahuluan selepas bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang ditawarkan. Mohd Wazir berkata, mangsa membuat bayaran itu pada 5 Oktober lalu melalui dua akaun bank atas nama individu berbeza.

Jelas beliau, pada 6 hingga 7 Oktober lalu, mangsa membuat bayaran tambahan RM8,312 menggunakan akaun syarikat untuk insurans, cukai jalan dan proses tukar nama. Selepas semua pembayaran dibuat, mangsa dimaklumkan kenderaan itu akan dihantar menggunakan trak tunda.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Tambah beliau, mangsa diberikan nombor telefon pemandu lori berkenaan untuk dihubungi. Mangsa telah cuba menghubungi pemandu lori berkenaan bertanyakan tentang penghantarannya namun lelaki itu memberi pelbagai alasan apabila kenderaan tersebut gagal dihantar dan diserahkan.

Setelah mengesyaki dirinya telah ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut selain bimbang semua dokumen yang diserahkan dalam urusan itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Mohd Wazir berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kenderaan yang ditawarkan itu tidak wujud sebaliknya hanya dijadikan umpan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pada masa sama, pihaknya kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes ini bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply