ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 yang tular baru-baru ini telah siap dibaiki

Berita Tempatan

Views

Anda pasti masih ingat artikel kami yang tular beberapa hari lepas mengenai Proton X70 ini kan? Ia dimuatnaik oleh salah seorang pemilik model berkenaan  bernama FaQimi Resources Bahagian Pemasaran yang kecewa dengan khidmat servis Proton setelah kereta miliknya mula dihantar ke pusat servis pada 2 Oktober lalu akibat masalah pada brek parkir elektronik.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Hampir masuk minggu ke-3 masih belum ada khabar berita mengenai alat ganti yang perlu ditukar. Katanya, usia keretanya baru mencecah 10 bulan dan ia telah mengalami masalah pada brek parkir elektronik. Hantaran itu telah dikongsikan di group X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia) dan telah mendapat perhatian beberapa portal media dan warganet.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Kini pemilik SUV tersebut sudah boleh menarik nafas lega setelah kami diberitahu kerosakan pada kenderaan tersebut telah siap dibaiki semalam. Kami telah memperolehi maklumat dan juga foto terbaharu ini yang telah dikirimkan oleh sumber dalaman.

Nampaknya apa yang diwar-warkan dalam artikel semalam ada asasnya dan Proton kini sedang cuba mengatasi masalah yang pemilik hadapi secara berperingkat. Diharapkan Proton dapat menyelesaikan ‘isu hangat’ ini secepat yang mungkin bagi mengembalikan semula kepercayaan pengguna kepada jenama tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply