ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sahkan 49 lagi kes COVID-19 – Pekerja yang tak perlu hadir di kilang Shah Alam diarah bekerja dari rumah

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dihantar sebentar tadi, Proton mengesahkan ada pertambahan 49 lagi kes telah dikesan setelah baru-baru ini seorang warga kerja disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober lalu. Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan telah dirujuk kepada pihak berkuasa.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang  lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini. Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.  

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Dalam masa yang sama Proton ingin menekankan bahawa pihak syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat. Ini telah diamalkan semenjak wabak ini menular dalam negeri. Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.

Proton juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini. Keselamatan semua  pekerja, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan syarikat. 

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply