Laman Facebook MBN menerusi hantaran terbaharu mereka memaklumkan, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor, Shahabuddin Mohd. Muhaiyidin berkata, laluan alternatif sepanjang 1.7 kilometer yang menghubungkan Putrajaya ke Salak Tinggi, Sepang bakal dibuka pada hujung bulan ini.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Memetik laporan SelangorKini, Shahabuddin berkata, projek tersebut turut membabitkan pembinaan jejambat sepanjang 120 meter merentasi persimpangan Dengkil-Kajang, menaik taraf lampu isyarat dan lampu jalan dengan kos keseluruhan RM70.471 juta.
Jelas beliau, projek ini dimulakan pada 23 Oktober 2017 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jangkaan. Tambahnya pelaksanaan projek akan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas selain memberi impak besar kepada sektor ekonomi dan sosial di kawasan sekitar.
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
Laluan alternatif itu menghubungkan bandar Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan selatan Sepang. Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau perkembangan projek tersebut.
Beliau berkata, pembinaan jambatan tersebut bukan sahaja memudahkan penduduk di sekitar kawasan tersebut berulang alik malah dapat mengurangkan kesesakan trafik di simpang empat Dengkil dan mempercepatkan perjalanan ke KLIA. Tambahnya lagi, apa yang penting, penduduk dari Putrajaya akan lebih mudah sampai ke Malakat Mall.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Perse
KOMEN TERKINI