Waze hari ini mengumumkan sebuah inisiatif baharu di Tun Razak Exchange (TRX) Kuala Lumpur hasil kerjasama mereka dengan TRX City Sdn Bhd bagi memasang peranti-peranti perkakasan Bluetooth® – Waze Beacons – di sepanjang laluan bawah tanah TRX yang menuju ke kawasan parkir kereta pembinaan tersebut.
Program yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara ini bermatlamat mengambil peluang ke atas sambungan bawah tanah Bluetooth® dan menyediakan navigasi lancar kepada para pemandu di kawasan penerimaan isyarat GPS yang terbatas. Ini akan memastikan servis lokasi yang lebih baik, meningkatkan keselamatan pemandu serta kejelasan peristiwa trafik langsung yang lebih baik ketika pemanduan laluan bawah tanah di TRX.
CEO TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib berkata, pihaknya amat teruja dengan menjadi yang pertama di Asia Tenggara untuk menguji Waze Beacons. Laluan bawah tanah ini amat ideal sebagai tapak ujian kerana ia menghala ke laluan-laluan keluar utama, dan pihaknya sememangnya berharap untuk meningkatkan tahap servis TRX.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Tambah beliau, pembangunan ini akan mempunyai akses langsung ke lebuhraya-lebuhraya utama seperti Terowong SMART, Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) yang kini dalam pembinaan, termasuk laluan-laluan ke Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang serta Jalan Sultan Ismail melalui berbagai titik-titik masuk dan keluar.
Ketua Program Waze Beacons, Gil Disatnik berkata, pasukan Waze dan pihaknya berbesar hati dapat membawakan Program Wave Beacons ke Malaysia, yang merupakan negara Asia Tenggara pertama mengadaptasi teknologi ini. Tambanhnya, teknologi Waze Beacons adalah terbuka dan boleh digunakan secara percuma, dan mereka amat berharap untuk memperkasakan para pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan trafik.
Ketua Negara Waze Malaysia, Kelvin Sim pula berkata, pengenalan program Beacons ke Malaysia amat mengujakan, dan ia mewakili titik pencapaian yang besar untuk negara serta Asia Tenggara. Melalui Waze Beacons, pihaknya berharap dapat mengurangkan keraguan serta kekeliruan pemandu akibat terputusnya isyarat, serta mengurangkan kesesakan jalan raya dan kekecewaan ketika memandu.
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
Waze Beacons, yang dipasang dan dimiliki TRX City, tidak mengumpul sebarang data dan ia berfungsi melalui pancaran isyarat yang membantu navigasi aplikasi termasuk Waze, menjadikan pemanduan lebih mudah di laluan bawah tanah yang dipenuhi pelbagai laluan keluar dan bulatan jalan ketika sambungan lemah di samping mencegah kekeliruan trafik dan kesesakan.
Isyarat-isyarat ini boleh digunakan oleh semua pembina yang ingin memudahkan dan menjadikan pemanduan sekitar TRX lebih selamat. Usaha sama Waze dan TRX telah memastikan pemasangan peranti-peranti ini di sekitar kawasan Bawah Tanah 2 dan 3 TRX, yang mana terdapatnya 3 ke 21 titik keputusan menghala ke ruang letak kereta dan pelbagai jalan serta lebuh raya yang bersambung.
Pemasangan ini dijangka akan turut digunakan projek skala perintis bahagian-bahagian lain Kuala Lumpur. Waze Beacons telah dilancarkan pada tahun 2016, dan telah berkembang dengan jayanya di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, Itali, Australia, Norway dan Republik Czech dengan meliputi sejumlah 260 kilometer kawasan terowong dan laluan dunia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Perse
KOMEN TERKINI